Isnin, 30 September 2013

KAEDAH ANIMASI 3D

SQUASH & STRETCH
·         Menakrifkan jisim sesuatu objek dengan melakukan perubahan bentuk (keherotan) semasa aksi berlaku.
·         Untuk menampakkan ilusi berat dan nilai terhadap watak yang bergerak.

·         Digunakan untuk menambah kesan tidak kaku pada bentuk tubuh yang bertujuan mencapai komedi pada persembahan. 



ANTICIPATION
·         Aksi / persediaan sebelum melakukan sesuatu aksi.
·         Membantu untuk mengarahkan mata audien kearah aksi yang akan berlaku.
·         Anticipation + motion hold : digunakan untuk ‘’announcing the surprise’’
·         Semakin banyak anticipation, semakin kurang kejutan ( cerita seram kurang anticipation)
·         Contoh : ekspresi muka atau pergerakan lengan / kaki pada permulaan sebelum berlari.

STRAIGHT-AHEAD & POSE TO POSE ACTION
·         Idea asasnya adalah setiap bahagian pada sesuatu objek akan bergerak pada kelajuan yang berbeza bergantung kepada jisim masing-masing.

STRAIGHT-AHEAD ACTION
·         Melukis lukisan pertama hingga lukisan seterusnya.
·         Kelemahannya adalah kehilangan saiz volume / nilai dan juga komposisi
·         Kelebihannya adalah lukisan nampak lembut.

POSE TO POSE ACTION
·         Melukis lukisan utama ( key drawing )


FOLLOW-THROUGH & OVERLAPPING ACTION
·         Penamatan aksi dan membangunkan hubungan kait antara aksi seterusnya.
·        Terdiri daripada reaksi karektor selepas melakukan sesuatu aksi.
·         Biasanya digunakan untuk memberitahu audien apa yang karektor rasa selepas aksi.
·         Mengandungi pelbagai motion yang mempengaruhi, yang ditambah serta bertindan dengan posisi karektor.

SECONDARY ACTION
·         Mengandungi pergerakan yang kecil  yang berkait dengan aksi utama atau yang paling menonjol.
·         Aksi kepada sesuatu objek / karektor yang terhasil dari aksi lain
·         Contoh : Kuda berlari ( primary motion )
( bulu dibelakang tengkuk, ekor bergerak-gerak)


SLOW-IN & SLOW-OUT
·         Dalam dunia sebenar, tidak ada objek yang bergerak dalam kelajuan yang seragam.
·         Proses ini akan menghasilkan peningkatan dan pengurangan kadar pergerakan .
·         Permulaan yang perlahan pada aksi dan mula laju pada pertengahannya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan